Tuesday 24 April 2018

Alfalfa Complex Shaklee; Raja Segala Tumbuhan

Ada orang kata, zaman moden ni tak sesuai dah nak makan jamu-jamu ni. Orang dulu-dulu boleh la. Aicehhh sombong ye awak? Takda yang dulu, bermakna takda yang sekarang tau.


Keyra sendiri suka makan jamu, tapi jamu moden la. Hehehe. Sebab jamu ni dah banyak membantu masalah keyra ie resdung, haid dsb. Okaylah meh nak cita sikit latar belakang @ sejarah jamu moden Alfalfa Shaklee ni ek..



✅ Kenapa alfalfa digelar raja segala tumbuhan? Sebab alfalfa tu sendiri bermaksud raja segala makanan. Alfalfa ni asalnya dijumpai oleh orang-orang Arab tau sebenarnya. Bukan orang barat. Orang Arab jumpa dulu. Dan disebabkan ia punyai banyak sangat khasiat, ia digelar raja segala tumbuh-tumbuhan. Ibaratnya sampai 1000 khasiatnya. Itu yang dapat nama Alfalfa. Berasal daripada kata nama Alfun. Dalam bahasa Arab, Alfun adalah 1000. So jadi la Alfalfa. Dan macam biasa lah orang Barat memanfaatkannya sama bila tahu khasiat hebat Alfalfa.

✅ Alfalfa ni salah satu tumbuhan yang sangat berkhasiat.. Kenapa? Sebab akar tunjang dia boleh cecah 20 kaki ke dalam tanah. Jadi alfalfa boleh menyerap lebih banyak nutrien dari dalam tanah.

✅ Kalau ikut kajian, lebih 300 nutrien & mineral ada dalam pokok alfalfa ni. Antaranya kalsium, fosforus, zat besi, magnesium, bioflavonoid, vitamin & klorofil. Tumbuhan yang tinggi klorofil ni sangat-sangat bagus tau. Klorofil memainkan peranan yang sangat penting di dalam setiap tablet Alfalfa Complex. Hilangkan bau, 

✅ Alfalfa adalah produk signature shaklee tau.. Dr C. Forrest Shaklee hasilkan alfalfa pada tahun 1950. Fuhh dah dekat 70 tahun dah rupanya, jamu moden yang khasiatnya daripada tanah & sudah berusia 70 tahun! Hebat kan?

✅ Shaklee punya alfalfa ni depa tanam di kawasan subur di California, & shaklee cuma gunakan serbuk daun alfalfa je untuk hasilkan tablet alfalfa tu, takda campuran pewarna etc, sebab tu senang larut dalam air & warna hijau pekatnya tidak meninggalkan kesan pada kulit.


Okay sekarang dah tau kan dari mana datangnya Alfalfa ni, sekarang jom kita tengok khasiat yang kita boleh dapat daripada jamu moden Alfalfa. Dah hampir 70 tahun berada di pasaran, hebat sangat ke?

Kalau korang nak tahu, orang dulu-dulu depa gunakan daun alfalfa ni untuk ulser, sakit sendi & banyakkan susu dalam badan. Depa makan daun alfalfa ni cenggitu ja tau, ala-ala makan ulam tu. Taktau la macamana depa telan 😂

Nampak macam taugeh kan? Tapi inilah daun Alfalfa!

Tapi disebabkan khasiat yang terdapat dalam alfalfa ni terlalu banyak, apa pun sanggup telan kan..


KHASIAT ALFALFA SHAKLEE

1. Agen Detoks

Siapa nak kurus elok makan alfalfa ni.. Saya pun setiap kali rasa makan berlebihan atau makan yang bukan-bukan (fast food etc) memang akan telan alfalfa ni 15biji terus. Panas sikit la rasa badan, tapi lepas dah alfalfa bertindak dalam badan kita (lebih kurang 1 jam lepas pengambilan), hilang dah rasa panas dalam badan tu & senang nak buang melalui sistem pencernaan kita. Rasa ringan ja badan. Kalau tak mesti menyesal makan banyak 😂

By the way, siapa yang duk mkn vitamin untuk kecantikan tu kalau tak berkesan, boleh detoks dulu dengan Alfalfa. Buang toksin dulu then barulah vitamin lain mudah diserap. Sebab bila badan banyak toksin dia akan menghalang vitamin daripada diserap dalam badan kita.


2. Keputihan

Alfalfa bantu kurangkan keputihan, kegatalan & bau yang kurang menyenangkan. Yang inilah salah satu khasiat klorofil yang terdapat dalam Alfalfa tadi ni, menghilangkan bau.



3. Ala-ala kacip fatimah & tongkat ali untuk pasangan yang sudah berkahwin. Faham-faham sendiri la ye 🙈




4. Milk booster

Orang dulu-dulu makan gitu je daun alfalfa macam ulam sebab nak banyakkan susu badan. Kita sekarang untung shaklee dah tolong tabletkan, kalau tak terpaksa kunyah macam ulam. Hihi



5. Kesihatan tulang

Nutritionist shaklee pernah cakap, makan 10 biji alfalfa ni umpama kita minum segelas susu tinggi kalsium. Kalau baca balik yang saya share awal-awal tadi, antara nutrien yang ada dalam alfalfa salah satunya adalah kalsium. Tulang yang sihat perlukan kalsium yang cukup.

Jadi kalau korang tak suka minum susu tapi kerap kena simptom kurang kalsium; ie sakit gigi, sakit badan, cepat letih, tulang rapuh etc boleh makan alfalfa okay.


6. Masalah bau badan, kaki & mulut

Masalah bau ni berkait rapat dengan toksin dalam badan. Bila makan alfalfa, toksin dalam badan akan disingkirkan, InshaAllah no more smelly2 body.

Ada sorang customer saya ni, anak lelaki dia ada masalah kaki berbau, sebab kerja sentiasa pakai safety shoes tu. Kan tebal kasut tu, sekali dia buka memang satu rumah bau!

Jadi dia bagi anak dia makan alfalfa, sekali amalkan tips rahsia yang saya ajar, Alhamdulillah memang nampak berkurang bau kaki yang tak best tu!


7. Resdung

Korang tahu kan, kita semua ada resdung. Even budak umur 7 tahun pun ada resdung tau! Bezanya resdung biasa atau resdung kuat ja.


Saya sendiri ada readung yang kuat! Sangat sensitif dengan belacan & habuk terutamanya! Memang Alfalfa kena sentiasa stand by kat rumah. Boleh ambil sebelum atau selepas kita terdedah dengan benda yang boleh boost resdung kita.

Bahaya tau resdung ni, boleh buat mata buta kalau tak rawat!

Tanda-tanda ada resdung:
- nafas berbau
- kerap selsema
- hidung tersumbat
- gatal-gatal di kawasan muka (hidung, pipi, mata)
- kerap bersin
- tidur berdengkur
- kerap sakit kepala
- rambut gugur


Lain-lain khasiat alfalfa ni untuk gout, lancarkan haid, kawal gula dalam darah, kawal kolesterol, atasi masalah sembelit,kesuburan dsb.





Tapi tak semua orang boleh makan Alfalfa ye. Kena make sure korang bebas daripada 3 golongan dibawah baru boleh makan Alfalfa.

3 GOLONGAN TAK BOLEH MAKAN ALFALFA


1. Penghidap SLE

Systemic Lupus Erythematosus (SLE) adalah penyakit kronik auto-imun di mana badan pesakit menghasilkan protein darah dengan banyaknya. Protin darah yang dipanggil antibodi ini dengan sendirinya memberi tindak balas terhadap tisu seseorang.

Dalam Alfalfa ada sedikit protin yang memberi tindak balas kepada pesakit SLE. Sebab tu la pesakit SLE tak boleh makan Alfalfa. Shaklee pun ada tulis kat botol Alfalfa tu. Boleh check kat bawah ni ya.



2. Pesakit Psoriasis

Psoriasis ialah sejenis penyakit autoimmune yang mengubah jangka hayat sel-sel kulit. Psoriasis menyebabkan pertumbuhan pantas sel-sel di permukaan kulit. Lebihan sel kulit ini akan membentuk satu kawasan kulit tebal berkilat yang kering, sangat gatal dan adakala menyakitkan.

Psoriasis adalah sejenis penyakit kronik yang kekal lama. Penyebab penyakit Psoriasis masih belum diketahui, tetapi umumnya Psoriasis berkait dengan sistem imun dan genetik individu.


3. Ibu menyusu bayi G6PD deficiency

G6PD ialah enzim glucose-6-phospate-dehydrogenase. G6PD membantu sel darah merah untuk berfungsi dengan baik, melindunginya dari sebarang gangguan luar termasuklah dari sumber makanan dan ubatan. Bayi kekurangan G6PD bermakna, badan bayi tidak menghasilkan enzim G6PD yang cukup.

Alfalfa Complex tinggi dengan Vitamin K. Sebab itu, ibu menyusu yang ada bayi G6PD tak boleh makan Alfalfa Complex (sepanjang tempoh penyusuan sahaja). Ibu menyusu boleh ambil ESP dan vitamin set penyusuan yang lain untuk milk booster.



G6PD ada dua jenis; intermediate & deficiency. Kalau jens intermediate InshaAllah boleh hilang, tapi yang deficiency ni memang sepanjang hayat. G6PD deficiency tu berkait dengan genetik, bukan penyakit. Biasanya baby girl pembawa (intemediate), baby boy deficiency.. Bila makan benda-benda yang di'haram'kan makan, akan berlaku hemolisis pada baby tu. Contohnya kacang parang. Bau ubat nyamuk pun tak boleh tau baby G6PD deficiency ni, sangat sensitif!

G6PD cuma boleh detect bila baby lahir, doktor yang akan check dan sahkan.


Kecuali tiga golongan di atas, korang kena ambil Alfalfa ni tau. Terrrlalu banyak khasiat yang terdapat dalam Alfalfa ni. Best tau!

Kalau nak cuba Alfalfa, boleh whatsapp saya sekarang juga!

📲 012-5687714

No comments: