Pages

Sunday, 16 July 2017

Cubaan Makeup Kali Pertama

Makin seronok pulak main makeup-makeup ni. Takde la susah mana pun. Amboi, berlagak! Haha


Keyra memang suka makeup, suka tengok orang makeup. Tapi Keyra tak pandai makeup. Suka tengok tutorial makeup. Antara MUA yang keyra follow Make up by BellazSiti Nurfarahain.


Korang rasa makeup ni best ke tak? Part mana yang paling best? Part mana yang susah?


Bagi Keyra part yang paling susah adalah kening. Oi dah berbulan belajar masih tak puas hati, kadang-kadang cunggit sebelah. Jeles betul tengok MUA lukis kening cantik betul! Sekali lukis je terus jadi. Kita ni lukis padam lukis padam, tak juga jadi cantik. Kadang jadi Sinchan. Kadang nampak macam lintah pun ye! Haha. Tapi tak give up tau! Setiap hari praktis. Hihi


Nak tengok hasil pertama MUA Keyra? 😜






















Anak sedara cheq la jadi
mangsa. Haha! Jangan kutuk
naa, hasil tangan amatur
ni.


Bila lukis kening kat muka orang rasa cun dah, kat muka sendiri jugak takmau nak jadi helok. Taaapiii... apa yang Keyra nak share hari ni adalah toner dan moisturizer yang Keyra guna sebelum Keyra apply makeup. Serious korang, best gilerr guna toner dan moisturizer ni.


✔ melembap & menganjalkan kulit muka
✔ foundation nampak lebih sekata
✔ makeup tahan lebih lama
✔ mengurangkan minyak dimuka


Semestinya jenama Shaklee hehe

Istimewanya moisturizer ni sebab
didalamnya terkandung serum.


Toner  ni buat muka rasa licin & anjal je tau!




Haa jangan gelak naa! 😜
Nanti lama-lama mesti helok! Kakakku juga jadi mangsa kejadian. Hahaha. Ada sebenarnya makeup tu kat muka kami, cuma lighting tak membantu jadi tak nampak sangat.


Oklah uolss, kalau nak makeup jangan cari Keyra naa.. Maunya jadi badut hampa nanti! Kekeke. Tapi kalau nak beli toner atau moisturizer paling best boleh roger Keyra okay?

Tekan je LINK ni untuk whatsapp Keyra 😊

No comments:

Post a Comment

ini kawasan saya . undangundang saya mengatakan "DILARANG MENGUMPAT + MENCARUT" kat sini . terima kasih !