Pages

Saturday, 24 December 2016

6 Tips Kecutkan Jerawat

Musuh utama orang perempuan ni satu je, yakni jerawat. Kalau naik seketul kat muka, besar pulak tu, siap dengan pakej bernanah. Memang boleh moody sepanjang hari. Tak percaya? Try me 😂


Kalau yang tak sakit takpa, ni berdenyut-denyut wehh.. besar kalah bisul! Kau rasa?

Antara punca jerawat naik boleh jadi sebab hormon tak stabil, makan makanan berminyak secara berlebihan, terdedah dengan habuk & debu, stress & sebagainya.

Jadi hari ni Inshaa Allah saya nak share sedikit tips untuk kecutkan jerawat dengan cepat, mudah & tanpa meninggalkan parut. Jangan picit ye jerawat tu, kalau picit confirm tinggal lopak di muka!

#1 Ubat Gigi

Petua ni rasanya semua orang dah familiar. Picit sikit ubat gigi tu, tak kisah la jenama apa pun, sapu kat jerawat. Saya dah cuba buat, bertambah berdenyut-denyut jadinya.

Adik saya buat memang jerawat kecut. Tapi kena tahan sikit la berdenyut tu hehe


#2 Bawang Putih

Ambil seulas bawang putih (buang kulit), potong & sapu pada jerawat. Kalau rajin boleh tumbuk, kemudian sapu pada jerawat. Bawang putih ni antibiotik semulajadi.


Cuma yang tak berapa best, pedih sikit la bila sapu bawang putih. Siapa yang tak tahan, akan rasa panas sikit. Tapi Inshaa Allah jerawat boleh kecut.


#3 Madu

Campurkan dua sudu madu dengan sedikit serbuk kayu manis. Ambil je kulit kayu manis kat dapur tu, tumbuk sampai jadi serbuk. Kemudian campurkan dengan madu & sapukan pada jerawat.


Biarkan 5-10 minit, kemudian cuci dengan air suam.

Madu ni bersifat antibakteria & boleh menarik keluar kotoran pada jerawat.


#4 Cream Herbal Blend

Tips yang paling keyra suka buat setiap kali jerawat naik dimuka. Picit sikit krim ni, kemudian sapu je kat jerawat tu. Inshaa Allah, memang berkesan untuk kecutkan jerawat & dijamin selamat dan mesra alam. Hehehe



Banyak sebenarnya fungsi krim ni.

Antaranya melembutkan tapak kaki, eczema, kembung perut bayi, luka cepat kering & sebagainya.

Harga satu tiub tak sampai pun RM30 (tidak termasuk postage). Multifunction pulak tu. Memang jimat & sangat berbaloi!

Setiap keluarga mesti ada sekurang-kurangnya satu.


#5 Vitamin C

Ada dua cara untuk kecutkan jerawat dengan vitamin C ni. Samada makan, ataupun boleh buat sebagai masker.


Caranya mudah je, tumbuk vitamin C ni, kemudian bancuh dengan sedikit air & sapulah pada jerawat. Inshaa Allah, cepat je jerawat kecut.

Sejuk tau masker vitamin C ni!


#6 Scrub Alfalfa

Rendam je 2 biji Alfalfa, biasanya 15minit dah larut. Bila dah larut tu boleh terus sapu pada jerawat. Biar sampai kering, kemudian cuci bersih.


Sedap tau bau scrub ni, kulit muka pun rasa sejuk je. Tapi scrub ni kurang sesuai untuk yang ada masalah jerawat hidup, yang bernanah atau berdarah!


Kalau ada yang berminat nak cuba krim, masker vitamin C atau scrub Alfalfa ni, boleh terus whatsapp keyra yer!

Keyra +6012-5687714

Selamat mencuba! 😉

No comments:

Post a Comment

ini kawasan saya . undangundang saya mengatakan "DILARANG MENGUMPAT + MENCARUT" kat sini . terima kasih !