Pages

Thursday, 5 June 2014

Penguin jalan terkedek-kedek

Assalamu'alaikum!Alhamdulillah, bulan lepas pi melancong dengan dua orang sahabat ke Kutub Utara, Tangkap penguin, balik nak bela. Nanti tak payah susah-susah orang Malaysia nakpi Kutub Utara dah. Panda tak sempat tangkap! Eh?? Ok merepek. Hahaha

Apa benda entah aku ni, mukadimah nak merepek meraban. Dah lama sangat tak menaip gini la jadinya.

Ke Langkawi kita baru-baru ni bulan lepas. Disebabkan laptop dan internet buat perangai serentak, tergendala cerita percutian tiga hari dua malam yang sangat memenatkan awesome ! Sepanjang tiga hari dua malam di langkawi campur dengan sehari semalam di penang, aku seorang sahaja yang DRIVE. Padahal mereka-mereka yang ikut bersama dengan daku di Langkawi dan Penang (Ain , Fina , Suha) semua ada lesen! Alasan depa tak berani nak drive sebab dah lama tak drive. Grrrrr!!! Hahaha. Marah betul aku.

Okay lupakan ja la pasal penat nak mampuih teramat kena drive tu. Nak cerita pasal langkawi ni. Personally bagi aku Langkawi sangat best untuk jadi tempat melancong. Tempat menghabiskan duit! Hahaha. No wonder la Langkawi waktu bila pun penuh ja dengan manusia. Hmmmm.. Tapiiiii,,, jangan pi Langkawi time cuti sekolah ka, public holiday ka. Time apa-apa cuti la. Semua benda jadi mahal belaka! Macam kami la pi time public holiday. Pehhhhh, nak makan pun serba salah sebab mahal gila! Tapi makan tetap makan... Wakakaka.

Tempat Penginapan

Kami punya penginapan sepanjang tiga hari dua malam di Langkawi adalah Dream Garden Resort. Tempat dia Masyaa Allah cantik sangat! Namanya dah ala-ala secret garden gitu. Tapi tempat dia agak terpencil dan agak jauh dari pekan/bandarnya laa. Untuk pasangan-pasangan baru kahwin yang nak honeymoon sangat sesuai la dengan penginapan ni. Tenang gitu.. Nak buat apa pun rasa best ja. Hahaha. Haippp! Hang pikiaq apa haaa...! Kekeke~ Kenapa kami bertiga pilih tempat ni? Sebab cantik la opkos. Harga dia pun okay la sebab kami pi time peak season kan. Jom layan gambaq Dream Garden Resort yang sangat cantik dan comel ni. Rumah kecik kami bak kata aku~ Kekeke


Nak tunjuk keta jugak, tapi nampak sikit ja kepala dia. Jadi la tu ek? Hahaha


Kami ambik yang untuk tiga orang. Ni gambaq sebelum diubahsuai. Kakaka!

Kat depan bilik tu dia letak kerusi rotan, tempat ala-ala untuk beristirehat gitu! Tapi dah seharian jalan takdak maknanya nak istirehat bagai kat situ. Hahaha! *Sila abaikan model tak berapa nak model yang tak bertauliah tu. Dia single lagi! Haha Motip?

Kereta Sewa

Kereta sewa time peak season ni sangatlah mahal harganya! Seriously!! Asalnya nak sewa Myvi sebab sehari dalam RM50 - RM60 ja. Bila kena dengan harga public holiday ni sehari jadi sampai RM80 - RM90. Pehhhh, cancel! Makanya kami pun ambik la Viva ja sebab tu ja yang tinggal. Dengan harga RM70 sehari. Nasib baik dapat yang Auto sebab kami demand nak yang auto, kalau manual maybe murah sikit kot. Tapi kalau ambik manual, mau berdarah kaki tangan aku nak drive. Hahaha! Campuq dengan sesat, minyak nak habis cari pam minyak malam-malam hari tak jumpak. Kenangan maneh semua tu.. Hmmphhh!!

Tempat Lawatan

Haaa, inilah ceritanya yang boleh jumpak Little Penguin. Hihihi~

Cable Car
 Seawal sesudah Subuh jam 8pagi tak silap aku kami gerak ke Cable Car. Jalan nak ke cable car tu Masyaa-Allah!! Berbukit bukau dan bengkang bengkok. Memang extreme gila ah! Disebabkan kami keluar tersangat awal makanya tempat parking pun kosong lagi. Time ni la nak buat "teror" reverse parking. Itupun berapa kali masuk keluaq balik! Hahaha.

Tapi yang sangat menyedihkan adalah station yang paling atas yang ada jambatan panjang tu depa tutup. Renovation katanya! Isshh, sakit hati betul. Lain kali nak renovate jangan la buat time public holiday yang memang sah-sah ramai orang nak datang. Apa daa... Dah la cable car tu salah satu tarikan Langkawi. Hmmmpphhh!
Can you see at the back there? Wuuu,,, kita nak naik atas tu la! Heee~
Yang ni la orang panggil original monopod! Hahaha

Asalnya kami bertiga ja satu Cable Car tu, tiba-tiba ada sorang mamat ni nak naik dengan kami. Takkan nak cakap tak boleh pulak kan sebab sepatutnya satu Cable Car tu untuk 6 orang. Layankan jaa. So jadi mangsa capture gambaq kami la. Wakakaka!

Turun bawah, jumpak hero dengan heroin drama Korea WINTER SONATA. Pehhh, rasa macam magik pulak bila turun-turun ja terus sampai Korea! Kekeke~


 Tangan Ain la ni tangkap gambaq, tak centre lansung. Takdak seni. Huh!



Underwater World (Aquaria)
Yeaahhh! Little penguin were here.. Rezeki kami agaknya waktu kami masuk tu adalah waktu depa buat demostrasi bagi makan penguin. Subhanallah! Sangat comel penguin-penguin tu semua. Laju pulak tu depa berenang. Selalu dapat tengok dalam TV ja kat Kutub Utara sana nun ada banyak penguin. Dapat tengok dengan mata kepala sendiri I was like " Eh aku kat kutub utara ka ni" . Wakakaka~

Ada banyak lagi la Hidupan Laut yang lain. Banyak yang aku tak pernah tengok. Dapat tengok jerung. Pari. Nemo. Heeee~ Layan gambar la ek? Ek ek ek~~~




Nampak tak penguin tu ?? Haaa,, aku sangat excited nampak penguin-penguin tu semua. Comel sangat-sangat. Rasa macam nak lompat-lompat bila nampak ja penguin tu! *Ok, over!

Crocodile Farm
Best sebenarnya masuk sini, tengok buaya yang Masyaa Allah sangat besaq dan sangat banyak. Tapi apakan daya sekeping gambaq pun takdak. Hahaha! Sebab cuaca yg sangat panaih, mood nak bergambaq pun takdak. Padahal aku excited ja tengok buaya-buaya yang sangat besaq! Siap bayangkan kalau laa aku jatuh dalam tasik yang penuh dengan buaya-buaya gergasi ni, apa aku akan buat??!! Hahaha. Merepek sangat!

Tanjung Rhu
Pantai yang sangat-sangat cantik. Subhanallah! Plan asalnya nak mandi laut. Tapi kita kan hanya merancang, Allah jua yang tentukan :) Tak jadi mandi, bergambaq sakan la jawabnya! Hahaha *Please scroll down for more beautiful picture* Sambil kelip-kelip mata tayang gigi. Kakakaka!

Nindiaaaa dua makhluk kesayangan yg kaki selfiaq! Hahaha
Depa dua kena paksa jadi model aku! :D

Pekan Kuah
Takmau cita banyak pasai pekan kuah sebab teringat Cadburry! Huwaaaa... Layan gambaq malam sikit la. Ngeeee~




Banyak lagi gambaq, banyak sangat-sangat. Memang aku sengaja tunjuk sikit ja. Yang lain eksklusif. Hehehe. Kalau tanya pendapat aku tentang Langkawi, not bad la. Banyak lagi sebenarnya tempat menarik lain. Tak sempat nak pi semua. Maybe next time? No no no... No more next time! Hahaha. Serik dah tunggu turn nak naik ferry, dalam ferry. Pehhhhh!! Tu ja yang spoilt sikit, lain-lain semua okay ja. Ok la, babai!

Nota kuku: Lain hari saya cerita pasal jalan-jalan di Penang pulak ya! ;)


Lots of Love,
Keyra


Jemput LIKE FB page kite. Hiks! ;) Thanks.


No comments:

Post a Comment

ini kawasan saya . undangundang saya mengatakan "DILARANG MENGUMPAT + MENCARUT" kat sini . terima kasih !