Pages

Friday, 21 March 2014

La La La Kerja Kerja La La La

Assalamualaikum! Anyeong haseyo! Ohaiyo! Olla! Hi! ~,~

Tajuk ja dah nampak semacam kan? Kemain lagi.. Hahaha
Apa benda yang aku nak cita sebenarnya ni? Ada tawaran kerja kah? Eh, dok aih...

Sedar tak sedar kan, pejam celik pejam celik, tiduq bangun, hujan panas(salji ja takdak lagi~kekeke^^), rupanya dah tujuh bulan lebih aku kerja kat tempat kerja aku sekarang ni. WOW!!! Satu rekod yang sangat-sangat amazing dalam hidup aku. Wakakaka
Sebelum ni aku kerja paling lama pun tiga bulan. Tu pun masa praktikal diploma dulu. Terpaksa habiskan tiga bulan sebab dah memang syarat dia tiga bulan kan. Hahaha. Cari nahas la kan berhenti separuh jalan. Dan paling teruk aku pernah kerja setengah hari ja. Wakakaka. Ingat lagi waktu tu rehat, konon nak balik rumah sat la. Kebetulan tempat kerja dengan rumah tak jauh mana. Dah balik tu, balik terus la jawabnya..

Sebab aku ni jenis yang tak boleh tahan la nak kerja lama-lama kat tempat yang tak berapa ada kerja nak buat. Melangut ja... Pehhhh... Dungu jadinya! Haa... memang aku berhenti immediately la jawabnya. Tapi tempat kerja sekarang ni pun takdak la sampai aku punya kerja tak cukup tangan. Ada jugak masa free terlampau sampai tak larat menguap. Hahahaha. Aku pun taktau pasai apa aku boleh bertahan lama macam ni. Environment. Kawan-kawan. Officemate. Semua tu menyumbang jugak kot. Walau aku bukan jenis yang bercakap sangat pun kat office. Sepuluh patah orang tanya, aku boleh hmm ja.. paling teruk aku angguk atau geleng ja.. Hahahaha

Ain kalau baca ni mau bergolek-golek dia gelak. Cause she knows everything... hahaha. Dia pun dah lepaskan ketidakpuasan hati dia kat aku. Selamba dia ja kata aku pelik. Huh! Tapi aku pun rasa aku sendiri pelik....


Lagu ni macam takdak kaitan ja O_O

Healthy and Pretty with Shaklee
SID 1085565 : 0125687714

Lots of love,
Keyra

No comments:

Post a Comment

ini kawasan saya . undangundang saya mengatakan "DILARANG MENGUMPAT + MENCARUT" kat sini . terima kasih !